Senin, 16 Desember 2013

Noraniza Idris Teringin Timang Anak Lagi

Noraniza Idris Teringin Timang Anak Lagi

Di kala usianya kini mencecah 45 tahun, penyanyi lagu-lagu etnik kreatif dan tradisional, Noraniza Idris menyatakan hasratanya mahu menimang cahaya mata lagi.

Kali ini dia mengimpikan anak perempuan untuk menyerikan rumah tangganya dengan suami tercinta, Jeffri Hudi.

“Suami memang sukakan anak perempuan tambahan pula empat anaknya sebelum ini semua lelaki. Kami hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan segalanya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Noraniza tidak mahu terlalu berharap kerana sedar jika dirinya mengandung pada usia kini adalah berisiko tinggi namun tidak menolak sekiranya ada rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadapnya dan suami.

Dalam perkembangan lain, penyanyi Awallah Dondang ini bakal tampil dengan single terbaru berkonsepkan zapin berduet dengan artis baru yang masih dirahsiakan identitinya.

Oleh: AUDREY LEE

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 sang prabu